Majlis Berbuka
Puasa NUBE Dengan Anak-Anak Yatim Rumah Bedaya Kulim Kedah.
NUBE
cawangan Pulau Pinang/Kedah/Perlis telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa
bersama-sama dengan warga Rumah anak-anak yatim Bedaya di Kulim Kedah Darul
Aman pada 03-09-2009
khamis 6.30 pm.
Ini
adalah program amal-jariah tahunan cawangan yang diadakan sempena menyambut
bulan yang mulia Ramadhan Al Mubarak dan bagi menyempurnakan tanggungjawab
sosial NUBE terhadap masyarakat tempatan yang memerlukan bantuan.Walaupun kami
adalah dari golongan berpendapatan rendah, kami amat bersyukur kepada Tuhan
yang maha esa dengan pengurniaan rezeki.Justeru itu kami mahu berkongsi dengan
orang-orang yang memerlukannya.Pada tahun ini kita telah mengadakan Majlis ini di
Rumah anak-anak yatim Bedaya Kulim Kedah.
Seramai
60 warga Rumah Bedaya anak-anak yatim dan warga pendidik Rumah Bedaya mengambil
bahagian dalam Majlis ini, turut hadir Setiausaha Agong NUBE merangkap
Pengerusi cawangan Saudara J. Solomon, Setiausaha cawangan Saudara Santok, ,
AJK cawangan bersama-sama dengan Ahli-ahli dan IRC NUBE kawasan Kulim Kedah
seramai 25 orang hadir bagi menjayakan majlis yang amat bermakna ini.
Majlis
dimulakan oleh Pengerusi majlis Encik Mohd Yusuf Bin Amin( salah seorang penyelia) dengan ucapan beliau memperkenalkan tetamu
majlis dan beliau menjemput En.Zakaria Penyelia Rumah Bedaya untuk bacaan doa,
wakil Rumah Bedaya Encik Mazlan juga membuat ucapan sepata-dua kata, majlis
diteruskan dengan ucapan kata-kata aluan dari wakil NUBE Saudara Zahrul Nizam AJK
bagi pihak Nube cawangan.
Majlis
didahulukan dengan penyampaian sumbangan ikhlas dari ahli-ahli NUBE Pulau
Pinang/Kedah/Perlis untuk disalurkan kepada anak-anak yatim Rumah Bedaya,
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Setiausaha Agong NUBE Saudara J. Solomon.
Pada
tepat 7:25 azan mahgrib berkumandang bermula lah majlis berbuka puasa dan semua
yang hadir menjamu selera bersama-sama anak-anak yatim, pelbagai menu
disediakan, diantaranya nasi lobak merah, nasi putih, ayam masak merah, sotong
masak kari, ayam kicap, sayur-sayuran buah-buahan, kuih- muih serta kurma dan
macam-macam lagi hidangan penyeri majlis.
Seisi
bergambar diadakan sejurus selepas sembahyang mahgrib, semua warga Rumah Bedaya
bersama-sama dengan Pegawai NUBE
bergambar untuk dijadikan kenangan bermakna.
Nube
cawangan Pulau Pinang/Kedah/Perlis mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan
terima kasih kepada semua ahli-ahli NUBE yang memberi sumbangan iklas terhadap
kejayaan program ini dan yang telah sudi hadir bagi membantu menjayakan majlis
ini.
Sekian
Disediakan
oleh,
J
Solomon
Setiausaha
Agung merangkap Pengerusi Cawangan PPinang/Kedah/Perlis NUBE