Click here to download the form
Home       Goto English Version       Goto Malay Version
 
Majlis Berbuka Puasa NUBE Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Budi Yan Kedah Darul Aman.
NUBE Penang/Kedah/Perlis

 

NUBE cawangan Pulau Pinang/Kedah/Perlis sekali lagi pada 9.9.2009 mengadakan Majlis Berbuka Puasa, kali ini di Rumah Budi Yan Kedah.

 

Majlis bermula tepat pukul 7.24 pm berbuka puasa dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Zakariah setiausaha Tadbir Rumah Budi dan Saudara Yusri Abdul Ghani berucap (AJK cawangan Utara) mewakili NUBE cawangan Pulau Pinang/Kedah/Perlis.

 

Seramai 64 anak-anak yatim, 10 orang Penyelia Rumah Budi dan 22 orang Pegawai, IRC dan ahli NUBE mengambil bahagian dalam majlis ini, turut hadir Setiausaha Agung merangkap Pengerusi NUBE cawangan Utara, Saudara J Solomon bagi menjayakan majlis ini.

 

Setiausaha Agung, Saudara J Solomon juga menyampaikan sumbangan ikhlas mewakili ahli-ahli NUBE cawangan Pulau Pinang/Kedah/Perlis untuk disalurkan kepada anak-anak yatim Rumah Budi.

 

Sekian terima kasih

 

J Solomon

General Secretary

 
Files:
Enter Your Comments Here
*Name:  
*EmailID:  
Address:  
*Comments:
 







     
All rights reserved by NUBE.Developed and Maintaing by e-jkm system pvt. ltd.