Click here to download the form
Home       Goto English Version       Goto Malay Version
 
Majlis Berbuka Puasa NUBE Bersama Kanak-Kanak Rumah Anak-Anak Yatim Darul Hilmi, Kuala Terengganu
NUBE Kelantan/Terengganu

 

NUBE cawangan Kelantan/Terengganu sekali lagi  pada 7.9.2009 telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama 18 kanak-kanak dari Rumah Anak-anak Yatim Darul Hilmi, Kuala Terengganu diserta oleh beberapa ahli-ahli dan pegawai-pegawai NUBE Cawangan Kelantan/Terengganu, Setiausaha Agung NUBE, Saudara J Solomon dan Naib Presiden NUBE, Saudara Dauzkaply Nor.

 

Majlis Berbuka Puasa ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pn Azizah Bt Jaaffar, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan. Beliau juga telah memberi ucapannya.

 

Setiausaha Agung NUBE, Saudara J Solomon telah menyampaikan sepatah dua kata kepada para hadirin pada majlis tersebut. Ahli-ahli dan pegawai-pegawai NUBE telah memberi penyumbangan ikhlas kepada seorang warga emas, beberapa warga yang cacat penglihatan dan kanak-kanak dari Rumah Anak-Anak Yatim Darul Hilmi.

 

Majlis ini telah dihadiri oleh lebih kurang 80 orang terdiri daripada warga emas, kanak-kanak Rumah Anak-Anak Yatim, warga cacat penglihatan, pegawai-pegawai dan ahli-ahli NUBE Cawangan Kelantan/Terengganu.

 

 

Sekian terima kasih

 

J Solomon

General Secretary

 
Files:
Enter Your Comments Here
*Name:  
*EmailID:  
Address:  
*Comments:
 







     
All rights reserved by NUBE.Developed and Maintaing by e-jkm system pvt. ltd.