Click here to download the form
Home       Goto English Version       Goto Malay Version
 
Mahkamah Tinggi Memutuskan bahawa J Solomon adalah Setiausaha Agung Yang Sah
No Pekeliling 011/2010 2hb Mac 2010

 

Mahkamah Tinggi hari ini dalam keputusannya, berkata bahawa interpretasi Seksyen 26(1A) Akta Kesatuan Sekerja (AKS) 1959 oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja (KPKS) adalah SALAH.

 

Seksyen 26(1A) AKS memperuntukkan bahawa “No Person shall join, or be a member of, or be accepted or retained as a member by, any trade union if he is not employed or engaged in any establishment, trade, occupation or industry in respect of which the trade union is registered.”


Sejak pindaan terakhir kepada Seksyen 26 (1A) pada 1989, Seksyen ini telah diterjemahkan untuk bermaksud – bahawa anda hanya boleh menjadi ahli sebuah kesatuan dalam industri dimana anda dibayar gaji. Contohnya: Jika anda adalah seorang pekerja bank, maka anda hanya boleh menjadi ahli kesatuan sekerja dalam industri perbankan dan bukan ahli kesatuan hotel atau elektronik.


Tetapi, pada 2008, KPKS dengan tiba-tiba membuat keputusan untuk memberi Seksyen ini satu lagi makna dengan mengikuti satu interpretasi yang diperolehi dari Peguam Negara. KPKS telah mengambil keputusannya bahawa Seksyen 26 (1A) diinterpretasikan sebagai jika seorang ahli dipecat oleh majikannya, maka, pekerja yang dipecat itu tidak lagi boleh menjadi ahli kesatuan. KPKS juga telah mengatakan bahawa bekas ahli-ahli yang dipecat itu tidak boleh memegang jawatan di dalam NUBE ataupun kesatuan-kesatuan lain.

 

Akibat interpretasi KPKS adalah: jika anda telah dipecat oleh majikan anda, kesatuan tidak boleh mewakili anda kerana anda bukan lagi seorang ahli kesatuan.


KPKS telah mengambil interpretasi ini walaupun di bawah Seksyen 2 TUA, perkataan “workmen” (seorang pekerja) dengan jelas melindungi hak-hak pekerja ‘dipecat’  yang mencabar pemecatan mereka dalam satu prosiding Mahkamah.

 

Tindakan KPKS ini adalah dengan niat jahat.


Oleh itu, NUBE telah memfailkan satu permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk memutuskan interpretasi KPKS.


Hari ini, 2hb Mac 2010, Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa interpretasi KPKS itu adalah salah setelah menimbang peruntukan-peruntukan Akta Perhubungan Perindustrian 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Mahkamah Tinggi mengambil pendirian bahawa dasar benar Seksyen 26 (1A) AKS adalah bahawa seorang pekerja bank masih dianggap seorang ahli NUBE sementara menunggu keputusan pemecatannya yang dicabar. Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa seorang pekerja yang dipecat masih boleh memegang jawatan di NUBE.


Maka, Sdr J Solomon adalah sentiasa dan kekal sebagai Setiausaha Agung NUBE yang sah dan dia akan terus mempertahankan hak-hak dan kebajikan ahli-ahli NUBE sepertimana yang beliau telah lakukan selama ini.


Marilah kita belakangkan episod ini dan tumpukan perhatian kepada Perjanjian Kolektif kita demi kebaikan ahli-ahli kita dan NUBE.

 

One for all & All for One

 

 

Tan Eng Hong

Presiden

 
Files:
Enter Your Comments Here
*Name:  
*EmailID:  
Address:  
*Comments:
 







     
All rights reserved by NUBE.Developed and Maintaing by e-jkm system pvt. ltd.