|
English Version
Main
Yang
Amat Berhormat Dato' Sri Najib Tun
Razak
Kami,
warganegara Malaysia yang bertandatangan di bawah menyokong
dengan kuat inisiatif Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank
(NUBE) untuk meningkatkan cuti bersalin bergaji daripada 60
kepada 90 hari.
Peranan
wanita moden kini telah menjadi lebih berbeza dan mencabar
daripada, katakan, 30 tahun yang lalu. Kebanyakan wanita hari
ini terkejar-kejar dengan tuntutan-tuntutan tugas sepenuh masa
dan peranan tradisional mereka sebagai suri rumah supaya
mereka dapat membantu bagi mempertahankan satu taraf hidup
yang memuaskan.
Sebagai
seorang suri rumah, seorang wanita menanggung beban berat
membesarkan anak-anak, menguruskan isi rumah dan memastikan
kesejahteraan menyeluruh keluarga dia. Memikirkan ini, yang
paling kurang harus dilakukan oleh kerajaan ialah
memastikan pemulihan penuh fizikal, mental serta emosi seorang
wanita selepas melahirkan seorang anak.
Banyak
negara Asia Tenggara telah mara ke hadapan bersama dengan
rekomendasi Konvensyen Organasasi Buruh Antarabangsa – 103
(ILO CONVENTION 103) - Konvensyen Perlindungan Ibu (Disemak
Semula), 1952. Konvensyen disemak semula 183 -2000
mempertimbangkan 7 perlindungan ibu; marilah kita lakukan satu
perbandingan serantau bagi perlindungan paling
asas:
Cuti
bersalin berkanun di Negara-negara Asia Tenggara:
·
Singapura – 112
hari (16 minggu)
·
Thailand – 90 hari
(3 bulan)
·
Kemboja – 90
hari
·
Indonesia – 90 hari
·
Malaysia – 60
hari
(Sumber:
www.asianfoodworker.net)
Beberapa Negara Asia Tenggara menyediakan
perlindungan menyusukan anak serta penjagaan kanak-kanak.
Sebagai contoh seorang ibu di Singapura mendapat sehingga 12
bulan untuk menyusu dan menjaga bayinya yang baru lahir. Di
Kemboja, syarikat-syarikat dikehendaki pemberian seorang ibu
baru masa rehat 30 minit dua kali sehari untuk menyusukan
anaknya. Mereka yang mempunyai lebih daripada 100 pekerja
wanita perlu menyediakan bilik-bilik penjagaan dan pusat-pusat
jagaan harian, dengan kos penjagaan bayi itu ditanggung oleh
syarikat. Sementara itu majikan-majikan Indonesia perlu
menyediakan satu tempat yang sesuai bagi ibu-ibu untuk
menyusukan anak mereka semasa waktu bekerja.
Ini
hanya beberapa contoh-contoh perlindungan bagi pekerja wanita
yang diperuntukkan di bawah Konvensyen ILO.
Malaysia, malangnya, ketinggalan jauh di belakang
dan terdapat satu keperluan mendesak untuk meminda peruntukan
yang releven dalam Akta Buruh 1955.
60 hari
cuti bergaji itu memang tidak cukup bagi kebanyakan wanita
Malaysia. Kenapa?
Penderitaan seorang wanita yang melahirkan anak bukan
setakat fizikal malah emosi serta juga mental.
Kemurungan selepas bersalin (Post-natal Depression
(PND)), isu kesihatan - 1 daripada 3 ibu-ibu baru, atau 10%,
menderita akibat PND iaitu jenis kemurungan yang kurang
difahami. Wanita dengan gangguan perubatan ini sama ada belum
bersedia untuk kembali berkerja atau rasa mereka tidak boleh
balik berkerja.
Masalah-masalah ini selalunya bermula dalam beberapa
minggu ataupun bulan selepas bersalin. Lebih daripada 50%
ibu-ibu mendapat gangguan ini dalam 3 bulan pertama.
Selanjutnya, kira-kira 1 dalam 7 wanita yang mengalami
perubahan-perubahan tekanan (stress) dan emosional boleh jadi
terlalu, dan termasuk tekanan suasana yang berhayun,
kebimbangan, pengunduran sosial, kerengsaan dan paling teruk
boleh menjadikan keadaan disfungsi yang serius. PND juga
mengganggu ikatan dan proses hubungan
kasih sayang antara ibu dan kanak-kanak. Sekurang-kurangnya 1
dalam setiap 10 wanita akan menghidap PND setelah melahirkan
seorang bayi. Tanpa rawatan ia boleh kekal beberapa bulan,
atau bertahun-tahun, agak jarang sekali. Pemulihan mengambil
masa.
Bukan
itu sahaja, penyusuan (ikatan ibu dan anak) – memegang kerja
penuh masa semasa penyusuan anak amat sukar kerana
tempat-tempat kerja tidak menampung keperluan ibu-ibu yang
menyusukan anak.
Penyusuan anak itu sendiri membawa manfaat kepada
kedua-dua ibu dan anak.
Ianya melindungi daripada sesetengah kanser payu dara,
ovari kerana tahap oestrogen jatuh ke paras yang sangat rendah
semasa penyusuan anak.
Penyelidikan menunjukkan lebih lama seseorang ibu
menyusukan anaknya, risiko kanser akan menjadi lebih
rendah. Juga,
sekiranya seseorang ibu itu tidak dapat mengeluarkan susunya
semasa waktu kerja, payu daranya akan menjadi bengkak, akibat
daripada saluran-saluran susu tersumbat yang boleh
mengakibatkan kesakitan yang keterlaluan yang mungkin akan
menyebabkan jangkitan payu dara dan dia tidak mampu berkerja.
Susu
ibu membekalkan pelbagai kelebihan kesihatan serta emosional
kepada kedua-dua ibu dan anak, yang amat penting dalam
bulan-bulan pertama menjalin perhubungan. Penyusuan anak
melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan-jangkitan
telinga, selsema serta virus-virus, atau mengurangkan
keterukan penyakit itu. Ia membantu mengurangkan kematian
bayi, yang selalunya terjadi dalam 100-120 hari kehidupan
bayi. Cuti
bersalin yang lebih akan membolehkan ibu-ibu menjaga bayi
mereka dengan lebih baik.
Persediaan untuk kembali berkerja adalah satu lagi
trauma emosional dan mental. Kebimbangan atas penjagaan anak
tersebut, kasih sayang, pemakanan dan sebagainya merangkumi
minda seorang ibu menyebabkannya tidak mampu menghasilkan
keupayaan penuh kapasitinya. Lebih-lebih lagi jika
ibu itu tidak mempunyai sesiapa yang boleh menjaga anaknya dan
terpaksa meninggalkan anak itu di pusat jagaan harian dan
sebagainya. Fikirannya bukan sekadar anaknya itu tetapi juga
kos yang menyertai penjagaan tersebut.
Jumlah wanita Malaysia yang
berkerja ialah 5.1 juta orang berbanding jumlah tenaga kerja
iaitu 11.29 juta (2009) dan sesuatu tenaga kerja tanpa
cuti sakit yang mencukupi, terpaksa berhenti kerja sama sekali
atau merasa agak sukar untuk kembali berkerja. Kos sosial,
psikologikal dan perubatan apabila seseorang wanita kembali ke
tempat kerja sebelum pemulihan fizikal penuh atau menjalin
ikatan dengan bayi baru lahir mereka tidak dapat diukur, dan
tidak sepatutnya diterima di sebuah negara seperti Malaysia.
Cuti bersalin yang lebih panjang akan memberi ibu-ibu jangka
masa yang munasabah untuk menjalin ikatan dan menyusukan bayi
mereka tanpa tambahan kebimbangan-kebimbangan kewangan. Ianya
baik untuk perniagaan dan ekonomi kerana ia akan membantu
mengekalkan kakitangan wanita yang mahir, berpengalaman dalam
tenaga kerja.
Bagi
majikan, penawaran cuti sakit yang lebih panjang menunjukkan
kepada yang bakal menjadi pekerja yang syarikat tersebut
mengambil peduli akan kesihatan serta perhubungan dengan
pasangan dan anak-anak mereka. Cuti bersalin juga
amat menggalakkan orang-orang yang berkelayakan tinggi untuk
memohon ke jawatan-jawatan, mencipta satu kumpulan
pemohon-pemohon yang lebih besar, dan menambahkan imej
syarikat itu dikalangan teman-teman sebayanya, pada masa yang
sama meningkatkan lagi statusnya dalam industri itu.
Satu laporan UNDP dalam tahun
2005 memetik ILO berkata Malaysia adalah antara 25 buah negara
daripada 152 yang menyediakan cuti bersalin untuk 60 hari atau
kurang.
Oleh
yang demikian, kami, ingin merayu kerajaan Malaysia meminda
Akta Employment 1955 untuk mencerminkan lanjutan cuti bersalin
berbayar kepada 90 hari.
Yang
benar,
Yang bertandatangan di bawah:
Nota Penjelasan:
1.
Petisyen ini
disampaikan dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
2.
Penggumpulan
tandatangan tanda sokong bagi petisyen ini akan berakhir pada
6hb Jun 2010.
3.
Jika anda bersetuju
untuk menyokong petisyen ini, anda dikehendaki menghantar
butir-butir nama, nombor kad pengenalan serta alamat e-mel
anda.
4.
Nama-nama yang
tidak diiringi dengan nombor kad pengenalan, atau diiringi
dengan nombor kad pengenalan yang tidak tepat, akan
dibatalkan.
5.
Nama-nama individu
yang menyokong petisyen ini tidak akan dipaparkan disini.
6.
NUBE akan mengumpul
tandatangan-tandatangan yang menyokong petisyen “90 Hari Untuk
Ibu” Petisyen Online ini dan akan serahkannya kepada
Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia dan disalinkan kepada
semua 221 Ahli Parlimen
sebagai suara rakyat 1Malaysia yang menyerukan pindaan-pindaan
tersebut.
|