Sungai Petani 09hb September 2017 – Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) telah diadakan di CIMB Bank Cawangan Kampung Baru Sungai Petani. Mesyuarat telah di hadiri sendiri oleh Timbalan Presiden NUBE Malaysia merangkap Pengerusi Cawangan NUBE NR PKP Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen bersama-sama dengan Naib Pengerusi Sdr Baskaran & Bendahari Kehormat Sdr Mohamad Ilyas, Ketua Zon Sdri Siti Haryati Ahli Jawatankuasa turut hadir juga Ahli Jawatankuasa kerja Sdr Elias, Sdri Nurul Huda dan Sdri Suhaili.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Saudara R. Robert selaku ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) dan di ikuti oleh taklimat daripada Sdr Abdul Jamil.
Dalam taklimat tersebut, beliau menyarankan supaya para ahli sentiasa bersiap sedia dalam mengharungi perubahan yang sedang berlaku di sektor perbankan pada masa kini. Selain itu juga, beliau telah mengemaskini aktiviti-aktiviti dan isu-isu semasa yang sedang berlaku di dalam kesatuan.
Sesi soal jawab juga telah diadakan bagi menangani isu isu yang dibangkitkan oleh ahli-ahli. Di penghujung Mesyuarat Ahli-Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) yang baru bagi sesi 2017-2018 telah dilantik dan ahli-ahli telah berikrar untuk terus memberi sokongan padu kepada NUBE.