Alor setar, Kedah 08hb November 2017 - Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE NR PKP, Sdr Zaini Halidan bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohd Syukri Abdullah telah membuat satu lawatan kerja mingguan di sekitar bandar Alor Setar hari ini. Sehubungan itu, diantara beberapa cawangan bank yg dilawati adalah Affin Bank Bhd, BIMB A.Setar, HLBB A.Setar, HSBC A.Setar, UOB A.Setar dan Standard Chartered Bank A.Setar. Fokus utama bagi lawatan kerja kali ini adalah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat terkini mengenai ahli-ahli NUBE di wilayah Utara. Justeru itu, Sdr Zaini juga telah mengemaskini beberapa isu-isu berbangkit serta perkongsian masalah ditempat kerja di cawangan bank yang dilawati. Disamping itu juga, diakhir setiap lawatan, Sdr Zaini Halidan turut memberi penekanan kepada Ahli-ahli NUBE untuk terus memberi sokongan yang padu dan bersikap optimis terhadap NUBE.