Pada 01/11/2017, Ahli Jawatankuasa NUBE SMJ dijemput untuk menghadiri perjumpaan dengan ahli-ahli di Hong Leong cawangan tersebut. Ianya dihadiri oleh Sdri Zaiharini, Sdri Shahaila, Sdri Siti Hajar dan Sdr Rudy
Dalam perjumpaan tersebut Ahli Jawatankuasa telah memberi taklimat berkenaan E-Learning. Ahli-Ahli juga menyuarakan beberapa permasalahan di tempat kerja dan Pegawai Kesatuan telah menerangkan secara terperinci setiap permasalahan dan ahli telah faham serta menerima penerangan tersebut dengan jelas.
Ahli-Ahli berpuas hati dengan maklumbalas yang diberi dan bersedia untuk memberi sokongan penuh kepada kesatuan.
Mesyuarat telah berakhir pada jam 7.10 malam