Balik Pulau, Penang 01hb November 2017- Satu Lawatan kerja di Zon 4 telah berlangsung hari ini. Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Zainul dan Sdri Habibah Kadir bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Abdul Hafiz dan Sdr Mohammad Azlan telah membuat lawatan bulanan ini ke beberapa bank iaitu HLBB, CIMB, Maybank dan HLBB Sg Ara.
Lawatan ini adalah bertujuan untuk mengemaskini isu-isu yang berbangkit disamping itu juga mendapatkan maklumat terkini mengenai ahli NUBE di Wilayah Utara.