Georgetown, Pulau Pinang 13hb September 2017 – NUBE NR telah menerima satu kunjungan hormat dari delegasi Bank, Insurance & Finance Unions (BIFU)-Nepal hari ini. Kunjungan Delegasi ini telah disambut mesra oleh Pengerusi Cawangan NUBE NR iaitu Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen yang juga merupakan Timbalan Presiden NUBE Malaysia bersama-sama dengan barisan Ahli Jawatankuasa Cawangan, Ahli Jawatankuasa Kerja dan Sayap Wanita NUBE NR.
Delegasi dari BIFU-Nepal ini diketuai oleh Presiden mereka iaitu Komrad Narayan Prasad Subedi bersama-sama delegasinya telah diberi satu sesi taklimat oleh Sdr Abdul Jamil, dalam ucapannya Sdr Jamil berharap hubungan dua hala antara kedua-dua kesatuan akan terus berkekalan demi manfaat bersama pekerja-pekerja bank di Malaysia dan Nepal dan delegasi juga telah dipertontonkan video Sejarah NUBE.
Pengerusi Cawangan NUBE NR Sdr Abdul Jamil telah menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada delegasi ini dan kunjungan hormat ini diakhiri dengan sajian makan malam solidariti di antara NUBE Malaysia dan BIFU- Nepal.