26hb Julai 2017 ( Rabu ) Kesatuan Kebangsaan Pekerja Pekerja Bank ( NUBE ) telah mengadakan satu seminar siasatan dalaman ( D.I ), yang dihadiri oleh 30 orang ahli NUBE dari setiap negeri di semenanjung Malaysia.
Seminar selama 2 hari yang bermula pada hari ini, di kendalikan oleh En. Bala Shanmugam yang merupakan seorang yang berpengalaman tinggi di dalam bidang siasatan dalaman serta berpengalaman didalam bidang forensik sains, forensik pemeriksaan dokumen serta pakar pemeriksaan pemalsuan dokumen.
Beliau telah memberikan ilmu yang amat berguna dan bermanfaat kepada para ahli NUBE yang menyertainya, bagi persediaan didalam pengendalian siasatan dalaman di dalam industri perbankan.
Sekalung tahniah kepada ahli-ahli NUBE yang telah menyertai kursus ini. Dengan ilmu yang telah disalurkan oleh pihak NUBE ini, maka ia akan dapat memberikan satu standard yang tinggi kepada setiap para peserta didalam persiapan pengurusan bagi pengedalian siasatan dalaman yang di jalankan dengan cara yang lebih profesional demi keharmonian di dalam isu isu perhubungan perusahaan.
Kesemua para peserta amat berterima kasih kepada NUBE HQ diatas penganjuran satu kursus yang amat penting dan berguna yang telah disampaikan oleh Jurulatih yang berpengalaman dengan berpengetahuan luas.