Mesyuarat bersama ahli telah diadakan dan NUBE KLSP telah diwakili oleh Ketua Zon, Sdr Yushamizan Bin Yusoff bersama dengan Naib Pengerusi KLSP iaitu Sdr Mohd Faisal Bin Husin.
Pelbagai isu dan permasalahan yang sedang berlaku di Public Bank telah dibincangkan dan diberikan penerangan oleh wakil-wakil KLSP antaranya seperti E-Learning, Code of Conduct & Code of Practice dan Transaksi dibawah RM5K kepada Terminal Layan Diri.
Ahli-ahli turut diingatkan mengenai kepentingan menjaga disiplin serta mematuhi polisi bank sewaktu bekerja.
Ahli-ahli berterima-kasih dengan penerangan yang telah disampaikan dan akan terus berusaha untuk mengukuhkan lagi hak-hak di tempat kerja.