Perai ,Pulau Pinang, 25 May 2017, Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Abdul Ghani Abu Bakar bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Jeevan telah hadir ke Mesyuarat AGM Affin Bank Cawangan Taman Inderawasih, Perai.
Ahli-ahli telah membangkitkan tentang permasalahan mereka ditempat kerja dan permasalahan itu telah diurai serta diberi nasihat oleh Sdr Abdul Ghani bagi menanggani permasalahan itu di samping menekankan tentang pentingnya semua ahli untuk mematuhi polisi dan prosedur bank dari masa ke semasa.
Semua ahli-ahli mengucapkan terima kasih kepada NUBE NR dan akan memberi sokongan padu kepada NUBE.