Gurun, Kedah 20hb Mei 2017 – Mesyuarat Tahunan bagi Public Bank Berhad cawangan Gurun telah diadakan di The Regency Jerai Hill Resort Gunung Jerai hari ini. Wakil NUBE Wilayah Utara Sdr Zaini Halidan selaku Ahli Jawatankuasa Cawangan bersama-sama Sdri Nurul Huda, Sdr Elias dan Sdr Azrul selaku Ahli Jawatankuasa Kerja telah dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.
Mesyuarat tahunan ini telah dimulakan dengar kata-kata aluan oleh Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penyelaras Public Bank Berhad cawangan Gurun Sdr Adi. Taklimat seterusnya telah disampaikan oleh Sdr Zaini Halidan dengan mengemaskini beberapa informasi terkini dan segala aktiviti kesatuan kepada semua yang hadir. Sesi soal jawab berkenaan masalah di tempat kerja juga telah diadakan dan pelbagai cadangan dan idea yang baru juga telah dikongsikan bersama.
Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penyelaras yang baru bagi tahun 2017-2018 juga telah diadakan. Mesyuarat tahunan ini diakhiri dengan makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak Resort tersebut.