Seramai 33 orang peserta telah diberikan pendedahan mengenai public speaking, cara mengendalikan mesyuarat dan tugas serta peranan IRC.
Mereka turut diberikan pemahaman yang lebih mendalam berkenaan Perjanjian Kolektif & Perlembagaan NUBE.
Sesi pembelajaran yang diselang selikan dengan permainan berkumpulan telah menjadikan peserta memberikan kerjasama yang baik sepanjang kursus berlangsung.
KLSP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan kursus kali ini serta ingin merakamkan penghargaan kepada Bro. Michael Tan yang telah sudi untuk meluangkan masa sebagai Pelatih dalam kursus yang dianjurkan oleh NUBE KLSP kali ini.