Lebih daripada 1050 orang ahli NUBE, kakitangan, Pegawai serta kakitangan MTUC, para Pengurus Sumber dan tetamu telah mengisi Grand Ballroom Pusat Konvensyen Setia City.
Peringatan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, YB Dato ‘Wira Othman Aziz.
Turut hadir untuk Majlis Peringatan ini adalah:
Dato ‘Hamidah Naziadin, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Foundation dan Ketua Pegawai, Bahagian Sumber Manusia – CIMB Group.
Encik Antony C D’Angelus, Pengarang Blog Buruh Global dan
Encik Ahmad Shukri Haji Ali, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja.
Untuk memperingati jasa dan perkhidmatan mereka, kakitangan NUBE, IRCs Aktif dan Pemimpin Teladan telah menerima Anugerah pengiktirafan daripada Presiden, Encik Tan Eng Hong dan Setiausaha Agung, Bro J Solomon disaksikan oleh Dato ‘Wira Othman Aziz.
Di dalam Majlis meraikan “pekerja”, ahli-ahli dan semua yang hadir telah dihiburkan dengan tarian berwarna-warni dan sketsa musikal dikoreografi dan diarah oleh ahli daripada lima (5) cawangan kita dan acara yang lain serta berpuluh-puluh hadiah telah dimenangi.
NUBE ingin mengucapkan terima kasih kepadaMaybank Bhd, CIMB Bank, Public Bank Bhd, UOB Bank Bhd, Affin Bank, RHB Bank Bhd, OCBC Bank dan Bank Islam atas sumbangan murah hati mereka untuk Program Souvenir kami.
Kami mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga pekerja – jasa mu senantiasa diperingati. Marilah kita teruskan kewajipan kita yang mulia ini demi meningkatkan martabat umat manusia untuk generasi akan datang.
Nantikan gambar-gambar yang seterusnya….