Lembaga KWSP harus, setelah mendapat kebenaran Menteri Kewangan, mengisytiharkan kadar dividen setiap tahun selepas tahun kewangan berakhir pada 31hb Disember.
Bagi tahun 2016, pendapatan pelaburan kasar adalah RM 46.56 bilion berbanding dengan RM44.23 bilion bagi tahun sebelum ini.
Jelas, terdapat peningkatan sebanyak 5.25% berkenaan dengan pelaburan pendapatan bagi tahun 2016 berbanding dengan tahun 2015.
CEO KWSP juga memuji pendapatan pelaburan bagi tahun 2016 dengan mengatakan bahawa ia merupakan pendapatan pelaburan yang tertinggi semenjak pertubuhan KWSP pada tahun 1951.
Namun begitu, pihak penyumbang hanya menerima kadar sebanyak 5.7% berbanding dengan kadar 6.4% pada tahun sebelum ini, iaitu penurunan sebanyak .7% walaupun terdapat pelaburan pendapatan yang lebih baik berbanding dengan tahun sebelumnya.
Sepatutnya, KWSP perlu membayar kadar dividen yang lebih tinggi berbanding dengan tahun sebelum ini. Namun, apa yang menghairankan adalah bahawa KWSP tidak membayar kadar dividen yang lebih tinggi ataupun sekurang-kurangnya bayar kadar dividen yang sama seperti tahun sebelum ini. Sebaliknya, ia telah mengurangkan jumlah yang besar sebanyak .7% dan kadar sebanyak 5.7% merupakan kadar yang paling rendah dalam tempoh 6 tahun.
Ini tidak boleh diterima sama sekali dan kami mendesak Menteri Kewangan agar mempertimbangkan semula perkara ini dan mengekalkan kadar 6.4% yang ditetapkan tahun lalu supaya ia dapat memberi keuntungan terhadap warga pekerja yang bergantung pada wang simpanan ini bagi tujuan persaraan mereka.