Pada 21 Februari 2017, NUBE Cawangan Ipoh, Perak bersama-sama dengan Pegawai AIA Insurance Bhd telah mengadakan sesi taklimat berkenaan Hospital NUBE / AIA Group dan Skim Pembedahan (AIA-GHSI) bertempat di premis Union, NUBE Ipoh, lebih daripada 70 orang ahli dari Ipoh dan kawasan sekitar telah menghadiri ke sesi taklimat tersebut.
Taklimat bermula dengan ucapan Pengerusi Cawangan, Bro S. Kalaiselvan yang bercakap berkenaan kepentingan mempunyai sebuah Skim hospital dan perlindungan insurans pembedahan untuk ahli-ahli keluarga kita.
Puan Dorothy dari AIA Insurance telah menyampaikan liputan dan manfaat AIA-GHSI kepada ahli-ahli.
Ahli-ahli mengambil bahagian secara aktif semasa sesi soal jawab dan banyak penjelasan telah dijawab oleh kakitangan dari AIA Insurance.
Sesi taklimat berakhir pada jam 8.00 malam dengan ucapan terima kasih oleh ahli-ahli kepada Pegawai-Pegawai Cawangan serta kakitangan dari AIA untuk mengadakan sesi taklimat ini untuk manfaat ahli.