Dalam mesyuarat tersebut, Saudara Chee telah membincangkan beberapa isu yang sedang berlaku dalam industri perbankan dimana khususnya alat teknologi telah banyak mengambil alih fungsi kerja-kerja perkeranian dan bukan perkeranian.
Di samping itu, Pemimpin- pemimpin NUBE Wilayah Utara sempat berdialog dengan ahli- ahli NUBE di sana dan Jawatankuasa Penyelaras telahpun dilantik.
Saudara Syed Shaiful Hyder yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras CIMB GIOD juga mengambil kesempatan ini untuk mengucap terima kasih kepada pemimpin- pemimpin NUBE Wilayah Utara bagi menghadiri mesyuarat AGM tersebut.