Sungai Petani, 25 Januari 2017 – Pengawal keselamatan cedera ditembak dalam rompakan di UOB Bank cawangan Taman Ria Jaya, Sungai Petani pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi ketika semua pekerja bank tersebut sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan operasi bank.
Sejurus mendapat lapuran dari salah satu sumber di Sungai Petani dan mendapat kepastian melalui panggilan telefon, Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Elias & Sdri Siti Haryati telah diarahkan oleh NUBE cawangan Wilayah Utara untuk bergegas ke tempat kejadian bagi mendapatkan berita dan bertemu ahli-ahli NUBE dan semua kakitangan di bank tersebut.
Menurut laporan daripada salah satu Ahli di bank tersebut, perompak tersebut mengekori salah seorang pekerja yang baru hendak masuk ke permis bank. Satu pergelutan antara pengawal keselamatan dan perompak.
Pengawal keselamatan bank telah terkena tembakan di kakinya dan telah di hantar ke hospital bagi menerima rawatan setelah pihak polis tiba ke tempat kejadian. Dengan kecekapan pihak Polis, perompak (suspek melayu) telah berjaya ditangkap dan sekarang kes ini masih lagi di dalam siasatan pihak Polis.
Seramai 6 orang ahli NUBE sedang bertugas pada ketika kondisi trauma terhadap kejadian buruk yang berlaku awal pagi tadi kini telah beransur pulih.