20 Januari 2017 – NUBE Wilayah Utara pada hari ini telah dijemput untuk mesyuarat bersama ahli-ahli NUBE Bank Islam Bayan Baru. NUBE Wilayah Utara diwakili oleh Sdr. Mohamad Ilyas PJM, Bendahari Kehormat merangkap Ahli Majlis Eksekutif Kebangsaan, Sdr. Zainul Ahmad, Ahli Jawatankuasa Cawangan serta Sdr. Abdul Hafiz, Ahli Jawatankuasa Kerja.
Ahli-ahli telah diberi penerangan berkenaan isu-isu semasa industri perbankan. Turut disentuh adalah isu cuti sakit, kehadiran lewat ke tempat kerja serta meningkatkan produktiviti kerja.
Ahli-ahli mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil NUBE Wilayah Utara yang hadir serta turut menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada barisan kepimpinan NUBE.