Nibong Tebal, 19/01/2017 – Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) dan Ahli-ahli NUBE daripada Public Bank Berhad cawangan Nibong Tebal telah mengadakan Mesyuarat Tahunan bagi tahun 2017 mereka pada hari ini. Mesyuarat ini diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Jawatankuasa Cawangan daripada NUBE Wilayah Utara Sdr Karthigasan yang juga merupakan Ketua Zon Nibong Tebal, Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Zaini Bin Halidan dan wakil daripada Sayap Wanita NUBE NR Sdri Nurliyana.
Di dalam mesyuarat tersebut Sdr Karthigasan telah memberi beberapa taklimat penting dan mengemaskini aktiviti-aktiviti serta berita terkini kesatuan di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat cawangan. Beliau juga ada menyentuh beberapa isu-isu yang sedang berlaku di dalam sektor perbankan sekarang. Sdri Nurliyana juga berpeluang memberi penjelasan secara ringkas dalam pentingnya penglibatan ahli-ahli wanita dan peranan Sayap Wanita di dalam kesatuan.
Seisi soal jawab bersama ahli juga telah diadakan dan mesyuarat agung tahunan ini disudahi dengan ucapan terima kasih dari Sdr Karthigasan di atas jemputan kehadiran bagi pihak Cawangan NUBE Wilayah Utara.