Adakah anda bersetuju dengan kenyataan bekas Timbalan Ketua Setiuasaha PerbendaharaanTan Sri Ramon Navaratnam? sila beri komen anda….
PETALING JAYA: Bekas timbalan ketua setiuasaha perbendaharaan Tan Sri Ramon Navaratnam membangkitkan keraguan mengenai dakwaan penduduk bandar kelas pertengahan 40% lebih miskin dan menggesa ia dibuktikan.
Bercakap kepada FMT, Ramon berkata penilaian Profesor Madya Shanker Chelliah dari Universiti Sains Malaysia yang kedudukan ekonomi kelas pertengahan bandar hanya bersifat “gempar dan dramatik”, kerana ia tidak disokong dengan penyelidikan dan statistik.
“Jika ada justifikasi substantif bagi pernyataannya itu, maka ia perlu didedahkan kepada umum. Jika tidak, ia kedengaran tidak bertanggungjawab.
“Saya menggesa Shanker menyokong kenyataan beliau dengan bukti, kerana ia boleh menyebabkan banyak kekeliruan dan ini bukan sesuatu yang kita mahu. Ahli akademik perlu kekal sebagai ahli akademik dan tidak bermotifkan politik.”
Ramon juga tidak bersetuju dengan pandangan Shanker yang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak membantu golongan miskin di bandar.
“Adalah tidak benar mengatakan golongan miskin bandar tidak mendapat manfaat daripada bantuan kewangan tambahan. Soalnya ialah sama ada BR1M dibelanjakan untuk barangan keperluan.”
Ramon berkata bagi memastikan BR1M mempunyai kesan maksimum, baucar dan bukannya wang tunai perlu diberikan bagi pembelian barangan keperluan.
Beliau berkata ini akan memastikan bantuan kewangan tidak dibelanjakan terhadap barangan bukan keperluan atau hiburan, di samping memberi manfaat kepada perniagaan kecil yang menjual barangan keperluan.
Awal hari ini, Shanker mendakwa kelas menengah Malaysia menyusut di bandar di seluruh negara dan kebanyakannya akan mengakhiri tahun dengan kadar 40% lebih miskin berbanding 2015.
Beliau berkata, ini berikutan penarikan subsidi minyak masak dan gula, kejatuhan nilai ringgit, penurunan aliran masuk asing serta peningkatan aliran keluar, dan ia mencetuskan tindak balas rantaian.
Shanker juga berkata BR1M tidak membantu meningkatkan taraf hidup golongan miskin bandar kerana kos sara hidup terus meningkat.
Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/…/buktikan-kelas-pertenga…/