23 December 2016 – NUBE House Wilayah Utara, Pulau Pinang – Satu majlis bersama sempena penutup tirai tahun 2016 telah diadakan disini bagi mengakhiri tahun 2016. Majlis ini pada dasarnya adalah untuk menghargai kerja keras, komitmen Ahli-Ahli Jawatankuasa, Sayap Wanita dan Jawatankuasa Kerja yang telah berjaya dilaksanakan, termasuk aktiviti-aktiviti Kesatuan di peringkat cawangan dan Kebangsaan juga.
Majlis pada kali ini juga amat bermakna dengan kehadiran kunjungan hormat daripada Setiausaha Agung NUBE dan juga merupakan Setiausaha Agung Malaysian TUC Saudara J Solomon bagi memeriahkan lagi majlis ini. Majlis bersama ini dimeriahkan lagi dengan pertukaran hadiah yang telah dibawa sendiri oleh para hadirin semua.
Sejurus selepas Majlis bersama ini, mesyuarat Ahli Jawatankuasa Cawangan juga telah diadakan dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi Cawangan NUBE Wilayah Utara Saudara Abdul Jamil Haji Jalaludeen dan buat julung-julung kalinya juga, Mesyuarat pertama Sayap Wanita telah diadakan dan telah berjalan dengan lancar.