Bagi pihak Majlis Eksekutif Kebangsaan, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang meraikannya dan selamat bercuti kepada semua yang lain. Di musim perayaan ini, marilah kita juga mengambil kira peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada tahun 2016 dan cabaran-cabaran yang bakal menanti kita dari tahun 2017 dan seterusnya.
Memandangkan susutan nilai matawang Ringgit Malaysia, kita berdepan dengan realiti peningkatan harga barang yang drastik yakni senarai barang-barang kawalan, ada juga yang telah meningkat pada tahun 2016 dan ketidaktentuan jaminan pekerjaan dan mata pencarian kami memandangkan pendigitalan dan automasi yang intensif.
Kerajaan dan Bank-bank Malaysia mencadangkan supaya kita harus mempertingkatkan kemahiran kita tetapi kita tidak diberi peluang sebaliknya, kita lihat lebih banyak pekerjaan diambil alih dengan pelbagai cara. Pihak Bank pada masa kini cuba untuk menjalankan operasi dengan bilangan kakitangan yang minimum, maka kita tidak diberi peluang untuk memajukan dan penambahbaikan kebolehan kita melalui latihan kerana kekurangan tenaga kerja untuk operasi.
Ini perlu diperbetulkan demi kepentingan semua pihak yang berkepentingan. Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan pihak Bank perlu mengambil segala usaha untuk melibatkan NUBE supaya dapat mengadakan rundingan yang positif bagi menangani isu-isu yang akan menjejaskan mata pencarian pekerja bank yang telah memberi sumbangan besar kepada keuntungan pihak Bank di Malaysia. Kami yakin bahawa rundingan itu akan mencapai keseimbangan bagi semua pihak yang berkenaan tanpa mengkompromikan keuntungan pihak Bank dan jaminan pekerjaan kita, apabila semua pihak mematuhi prinsip-prinsip Agenda Pekerjaan yang Sewajar.
Pada masa yang sama ahli-ahli NUBE patut melindungi pekerjaan mereka pada setiap masa dan bukannya menggadaikannya untuk pakej pemisahan atau skim pemisahan sukarela. Kita juga perlu memberi tumpuan kepada disiplin, komitmen dan akauntabiliti di tempat kerja dan meningkatkan kemahiran kita supaya kita menjadi pekerja yang amat diperlukan. Ahli NUBE patut menjadi contoh seorang pekerja yang baik.