Barisan Kepimpinan Malaysia TUC Bahagian Pulau Pinang yang baru telah menjalankan mesyuarat mereka yang pertama bagi tempoh 2016-2019 bersama-sama kesemua wakil Kesatuan Gabungan pada hari ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Saudara S. Ravindran, selaku Pengerusi Bahagian.
Di dalam mesyuarat ini, Jawatankuasa Kecil telah dibentuk dan Naib Pengerusi Bahagian Saudara Abdul Jamil Jalaludeen memaklumkan bahawa NUBE akan menawarkan kepada kesemua wakil-wakil Kesatuan Gabungan bagi membantu dalam mengadakan latihan selama 3 hari / 2 malam di Pusat Latihan NUBE yang terletak di Port Dickson bagi menjadi tempat perbincangan kaji temu berkenaan Piagam “Misi dan Visi” Malaysia TUC Bahagian Pulau Pinang bagi penggal 2016-2019.
Mesyuarat ini berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan jutaan terima kasih daripada barisan kepimpinan yang baru Malaysia TUC Bahagian Pulau Pinang kepada semua wakil-wakil Kesatuan Gabungan yang menghadiri mesyuarat ini.