Seramai 200 pekerja Nepal, Pegawai-pegawai dari Kedutaan Nepal, Pegawai-pegawai GEFONT dan pegawai-pegawai dari Malaysia TUC mengambil bahagian dalam sambutan tersebut.
Di dalam majlis ini, Pihak GEFONT juga telah mengurniakan anugerah kepada pemimpin-pemimpin di kalangan pekerja Nepal yang telah membantu dan menyumbang ke arah pekerja-pekerja di Malaysia.
Setiausaha Agong Malaysia TUC ,J Solomon di dalam ucapannya telah memberi jaminan bahawa kepimpinan baru ini akan terus berkerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan untuk melindungi kepentingan pekerja asing dan akan mempergiatkan lagi kerjasama tersebut.
J Solomon lagi menegaskan bahawa pekerja asing mesti bekerja bersama-sama dengan pekerja tempatan untuk memastikan hak-hak pekerja kedua-dua penduduk tempatan dan pekerja asing dilindungi pada setiap masa.