Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (Malaysia TUC) bersama-sama para pekerja telah menyertai pekerja asing di seluruh dunia bagi menyambut Hari Migran Antarabangsa.
Malaysia TUC menyeru semua rakyat Malaysia untuk menghargai sumbangan pekerja asing.
Kehadiran jutaan pekerja asing terutamanya dari negara-negara Asia telah membantu Malaysia menjadi maju dengan apa yang ada hari ini.
Malangnya, terdapat beberapa majikan yang tidak bertanggungjawab yang telah mendera dan mengeksploitasikan mereka. Perbuatan keji ini telah mencemari nama baik Malaysia dan secara tidak langsung menampakan seolah-olah negara kita dilihat sebagai kejam.
Demi mementingkan sifat ketamakan mereka,agensi pengambilan pekerja bagi kedua-dua negara samada yang menerima mahupun yang menghantar pekerja asing ini telah memperlakukan terhadap mereka tanpa belas kasihan yang telah menyebabkan banyak kesengsaraan yang telah di tanggung oleh pendatang ini
Ini telah berlaku selama bertahun-tahun tanpa apa-apa penguatkuasaan yang ketat. Hari ini, semua pihak berkepentingan telah bertukar menjadi pekak telinga terhadap laungan pekerja asing kerana mereka berfikir agensi-agensi pengambilan mempunyai hubungan bersama dalang yang jahat serta yang mereka yang berada di kedudukan yang tertinggi.
Pada Sambutan Hari Migran Antarabangsa 2016, Malaysia TUC berharap kerajaan dapat menjalinkan hubungan rakan sosial tiga pihak di antara Pihak majikan, pihak pekerja dan kerajaan untuk mencari jalan penyelesaian dan secara tidak langsung dapat membangunkan satu cara yang berkesan untuk melindungi pekerja asing yang berkhidmat di negara ini agar dapat mengelakkan nama baik Malaysia terjejas.