Sdr Nazir MA telah memulakan mesyuarat dengan menyampaikan salam NUBE dari Pengerusi NUBE KLSP, merangkap Setuausaha Agong NUBE Sdr J.Solomon dan juga Setiausaha NUBE KLSP, merangkap Penolong Setiausaha Agong NUBE Sdri. A. Karuna.
Sdr Nazir MA memaklumkan juga bahawa Sdr J.Solomon juga kini merupakan Setiausaha Agong MTUC di mana beliau akan menumpukan perhatian ke atas perpaduan warga pekerja yang sangat mendesak dan hak-hak berkesatuan.
Ahli ahli dinasihatkan untuk bersatu dan berkerjasama demi keutuhan NUBE.
Bro Nazir MA telah mengemaskini perkembangan terkini di NUBE dan beberapa aktiviti antara lain Skim Pencen yg akan bermula pada April 2017; ahli menyambut baik berita ini.
Pada akhir mesyuarat ahli diminta supaya turut memberi kerjasama kepada pihak Bank dengan tidak menolak kerja yg ditugaskan demi melindungi sekuriti pekerjaan kita serta menjaga disiplin.
Ahli juga di sarankan bersatu untuk menguatkan NUBE lagi demi memastikan hak di tempat kerja kekal sejahtera.