Perjumpaan di antara ahli di CIMB Mentakap bersama Ketua Zon, Sdr Mohamad Hani Zeman serta AJK Sdr Sahrul Lizam telah diadakan di sini semalam.
Mesyuarat tersebut turut dijayakan dengan kehadiran Bendahari KLSP iaitu Sdr Mohd Rahmat serta AJK Cawangan KLSP iaitu Sdr Yushamizan Bin Yusoff.
Selain dari penerangan mengenai perkembangan terkini NUBE, perbincangan juga telah diadakan berkenaan permasalahan di tempat kerja termasuk proses tugasan yang telah menjadi kekeliruan di antara mereka.
Ahli juga diingatkan supaya patuh kepada polisi bank dan menjaga displin dalam melaksanakan tugasan mereka sebagai pekerja bank.
Diakhir mesyuarat pelantikan IRC telah dilakukan. Semua ahli telah memberikan kerjasama dan mendengar penerangan yang diberikan sehingga mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.00 malam.