Perlantikan Setiausaha Agung NUBE Sdr J.Solomon sebagai Secretary General MTUC dan pentingnya perpaduan di dalam kesatuan dan masyarakat.
Pencerahan lebih lanjut berkenaan mengemaskini yuran keahlian supaya mendapat maanfaat hikmat nasihat, representasi, menggunakan kelebihan Insuran berkelompok AIA bagi ahli dan keluarga mereka serta menggunakan Pusat Latihan NUBE untuk bercuti.
Ahli juga dinasihatkan supaya masalah di tempat kerja dimajukan kepada IRC yg baru dilantik. IRC dinasihatkan untuk membuat satu lapuran dan dihantar ke NUBE KLSP dengan segera supaya masalah ahli dapat di tanggani dengan sewajarnya.
Ahli juga diminta supaya kerap melihat FB NUBE Malaysia untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan mudah.
Saranan Sdr Nazir dalam pengulungan mesyuarat adalah untuk bersatu dan memberi kerjasama kepada pihak IRC demi memartabatkan lagi kedudukan mereka sebagai pekerja yang bermaruah.