Wanita adalah arkitek sebenar sesebuah masyarakat. Pada pandangan kami, setiap wanita yang mendukung seorang bayi di dalam jiwa, hati dan badan serta membawa seorang insan ke dunia ini adalah wira sebenar.
Beliau mesti dihormati dan diberikan pengiktirafan yang sewajarnya serta hak-hak di tempat kerja. Cuti bersalin dibayar penuh untuk wanita yang bekerja amat diperlukan bukan hanya untuk dia pulih sepenuhnya, menjalin ikatan dengan bayi dan memupuk bayi tersebut tetapi juga untuk keamanan psikologi keluarga dan menampung kehidupan mereka didalam tempoh itu.
PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK
Adalah tidak praktikal untuk ibu-ibu tinggal di rumah dan menjaga anak-anak mereka kerana kebanyakan keluarga kini bergantung kepada dua mata pencarian untuk mengekalkan kemampuan menyara keluarga. Selain itu, ibu-ibu lebih kerap mengambil masa daripada pekerjaan mereka berbanding warga bapa untuk menjaga anak-anak, yang boleh menambahkan lagi jurang pendapatan ibu seumur hidup. Walaubagaimanapun, bayaran untuk penjagaan anak meliputi kira-kira 35.9% daripada pendapatan keluarga rendah dan sederhana.
Pusat jagaan awal kanak-kanak yang sesuai mempunyai banyak manfaat, lebih baik dan lebih hasil dalam jangka panjang untuk kanak-kanak daripada latar belakang ekonomi yang berbeza. Selain itu, Pelaburan dalam program-program ini membantu memupuk tenaga kerja masa depan, mengukuhkan daya saing ekonomi jangka panjang dan membangunkan pemimpin masa depan negara kita.
BARISAN Mantap MTUC dengan sokongan anda akan berusaha untuk mendapatkan cuti bersalin minima 90 hari bergaji untuk semua wanita sehingga lima (5) orang anak dan penubuhan pusat jagaan yang baik serta berkualiti yang mampu bagi pekerja berpendapatan rendah dan sederhana.