Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK dan Sayap Wanita NUBE dari PKP, Perak, KLSP, SMJ dan KT atas segala sokongan, kerjasama dan perjuangan bersama di dalam pilihan raya MTUC tempoh hari. Usaha serta doa kamu telah memberi kita kejayaan ini meskipun terdapat cabaran di saat-saat terakhir.
Saya juga ucapkan terima kasih kepada semua para delegasi MTUC yang telah membantu dan memberi sokongan serta kerjasama.
Selanjutnya, selaku pemimpin dari kesatuan masing-masing yang telah diberi mandat untuk memimpin MTUC, kita perlu berganding bahu mengeratkan solidariti warga pekerja.
J Solomon
Setiausaha Agung MTUC