Bersatu kita teguh; bercerai kita roboh.
Kepimpinan yang baik akan memberi tumpuan kepada PERPADUAN dan KERJASAMA untuk mencapai kejayaan.
Kesatuan Sekerja adalah “kekuatan sebenar” pekerja, yang dibina teguh atas prinsip PERPADUAN dan KERJASAMA. Di Malaysia, pertumbuhan ekonomi yang dinikmati oleh negara ini tidak membantu kemajuan kesatuan-kesatuan sekerja dan pekerja.
Setakat ini, tidak dinafikan ada kelemahan di dalam badan induk untuk membuat membantah ketidakadilan terhadap kaum pekerja secara ketara. Kesatuan-kesatuan sekerja dan pekerja di Malaysia perlu bersatu kerana hanya dengan PERPADUAN, kita mampu melawan ketidakadilan yang dilakukan ke atas warga pekerja.
MTUC sebagai Pusat Pekerja mesti konsisten, teratur dan mengambil pendirian yang selaras dalam semua perkara yang melibatkan pekerja di negara ini. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, satu PERUBAHAN ketara dalam kepimpinan MTUC adalah keperluan mendesak.
MTUC mesti diuruskan dengan lebih efektif, dengan ikhlasnya perlu meningkatkan segenap usaha untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada supaya dapat membawa semua kesatuan sekerja di Malaysia di bawah satu payung dan mengukuhkan kedudukannya.
BARISAN Mantap MTUC yakin mengambil cabaran ini dan kami merayu kepada semua perwakilan untuk memberi kita peluang untuk menguruskan MTUC untuk menjadikan MTUC lebih kuat demi kepentingan pekerja.
Hidup MTUC; Hidup Pekerja