Kebanyakan masa, warga Pekerja dan Pemimpin Kesatuan (tidak termasuk yang berkerja shif) hanya dapat datang ke MTUC selepas waktu pejabat, malangnya MTUC ditutup pada pukul 5.30 petang.
Semasa lawatan kami ke pelbagai Kesatuan, kami telah menerima banyak laporan dan aduan daripada warga pekerja dan Pemimpin Kesatuan Sekerja yang menyatakan sukar untuk mendapatkan perkhidmatan sepenuhnya daripada MTUC.
Memandangkan keluhan ini sah, sekiranya dipilih, BARISAN MANTAP MTUC akan memastikan Pusat Khidmat MTUC dibuka dan berfungsi daripada jam 9:00 pagi hingga 9.00 malam, Isnin hingga Jumaat untuk memberi nasihat atau panduan kepada pekerja dan pemimpin kesatuan yang memerlukannya.
Perkhidmatan ini akan disediakan secara percuma dan juga dipanjangkan kepada pekerja asing.
Kami mempunyai sukarelawan yang mencukupi dari pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja, pengamal Perhubungan Perusahaan dan pengamal undang-undang untuk berkhidmat di pusat ini selepas waktu pejabat.
BARISAN MANTAP MTUC juga akan menjemput pemimpin muda kesatuan sekerja yang bercita-cita untuk membolehkan mereka menimba ilmu untuk berkhidmat bagi warga pekerja di Pusat Khidmat ini.
Kami akan menyediakan Talian Khidmat Presiden, Setiausaha Agung dan semua Pegawai Utama MTUC yang telah bersetuju untuk menggunakan nombor telefon bimbit mereka untuk dihubungi oleh warga pekerja yang memerlukan bantuan atau hikmat nasihat.
BARISAN MANTAP MTUC dengan ikhlas ingin memastikan “suara” dan “masalah” Pekerja dengari.