Setiap tahun Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Korban bersama-sama dengan Para Haji dan Hajjah. Ibadah korban juga akan dilakukan dan hasil ibadah itu akan diagihkan kepada keluarga, rakan-rakan dan orang-orang miskin semasa Aidiladha yang Suci.
Ia merupakan satu peringatan kepada golongan yang bernasib baik untuk bersyukur kepada Allah terhadap rahmat yang diberi oleh NYA dan menjadi peka terhadap mereka yang kurang bernasib baik dan miskin agar mereka dapat berkongsi nasib melalui sedekah dan belas kasihan.
Secara tidak langsung, Semua umat Islam mahupun kaya atau miskin, akan terlibat dan faham akan etika luhur dan tradisi yang diamalkan dalam masyarakat iaitu berkongsi kekayaan dengan golongan orang yang kurang bernasib baik. Ia adalah tunggak kepercayaan mereka kepada Allah dan bersyukur di atas rahmat yang telah dikurniakan kepada mereka.
Begitu juga kita percaya Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Bank MUAMALAT Dato Hj Redza dan En Peer Mohamed masing-masing akan memerhati bersama-sama keluarga masing-masing kewajipan asas ini pada hari yang mulia ini.
Malangnya, buat tiga pekerja miskin yang telah dianayai dan dipecat dengan kejam iaitu Sdr. Rosli, Sdr. Zaki dan Sdr Azan serta kehidupan mereka telah dirompak oleh CEO dan COO Bank MUAMALAT dan akan melakukan perkara dan nasib yang sama untuk lima pekerja yang lain serta keluarga mereka .
Pemindahan berunsurkan dendam terhadap kerani miskin dari Sg Petani ke Besut, Trengganu dan memisahkan pekerja tersebut dari ibunya yang nazak terbaring di katil dan lima keluarga yang lain lagi adalah satu lagi secara terang-terangan melanggar prinsip-prinsip Islam terhadap rakan-rakan Islam yang lain.
Tindakan penuh kedosaan yang diperlakukan ini jelas menunjukkan kezaliman Bank MUAMALAT dan bercanggah langsung dalam prinsip-prinsip perbankan Islam. Pemegang-pemegang saham yang telah menikmati dividen bersama-sama keluarga masing-masing adalah haram kerana ia adalah hasil kekejaman dengan memusnahkan kebahagiaan 8 keluarga miskin dan di akhirat nanti mereka perlu bertanggungjawab di atas kelakuan mereka kepada Allah.
Bagi menunjukkan makna sebenar Hari Raya Korban, adalah satu kewajipan bagi Dato Hj Redza untuk mengadakan seisi dialog dengan NUBE untuk membawa kebahagiaan kepada 8 keluarga miskin pada hari yang bertuah ini selaras dengan perjanjian kolektif serta mengikat dalam perkongsian kekayaan bank melalui amalan yang baik dan belas ihsan bank.
Abdul Jamil Haji Jalaludeen
Timbalan Presiden NUBE