KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) menjelaskan yang bank perdagangan akan beroperasi seperti biasa pada 8 Julai 2016.
Hanya cawangan bank di Kelantan dan Terengganu akan ditutup kerana kedua-dua negeri mempunyai cuti hujung minggu pada Jumaat.
Selain itu bank perdagangan di Pulau Pinang juga ditutup pada hari berkenaan sempena Hari Warisan George Town, kata ABM dalam satu kenyataan.
Penjelasan itu dibuat berikutan kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang mengumumkan Jumaat, 8 Julai 2016 sebagai hari pelepasan khas bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 6 Julai. – BERNAMA