Tiba di depan gerbang South City, hujan telah reda. Matahari sedang tenggelam dan angin sejuk menyemilir, teringin hati pulang ke kediaman tersayang melepaskan penat. Namun, ahli-ahli di CIMB Serdang Perdana masih menunggu ketibaan NUBE – NUBE KLSP.
Perjumpaan bersama ahli-ahli dari CIMB Bank Serdang Perdana ini telah diketuai oleh dua (2) wakil AJK NUBE KLSP iaitu Sdr Yushamizan Bin Yusoff dan Sdr Saifulizan Bin Hajidan. Turut hadir bersama ialah AJK Kerja NUBE KLSP iaitu Sdri Aimi Shazana Binti Baharin.