Bukit Mertajam, 24 November 2017 – NUBE Northern Region dijemput hadir ke Mesyuarat Tahunan (AGM) di Public Bank Cawangan Bukit Mertam, Mesyuarat kali ini dihadiri oleh Timbalan Presiden merangkap Pengerusi NUBE NR Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen bersama-sama beliau turut hadir adalah Naib Presiden merangkap Setiausaha Kehormat NUBE NR Sdr Chee Yeeh Ceeu, Naib Pengerusi Sdr Baskaran, Bendahari Kehormat Sdr Mohamad Ilyas, Ahli Jawatankuasa Sdr Mohamad Jamil dan Setiausaha Kepimpinan Wanita NUBE NR Sdri Khinky
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Sdr Muzamil Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) dan diikuti dengan taklimat dari Sdr Jamil yang memberi kata-kata semangat menyeru ahli-ahli untuk menyemai semangat perpaduan yang jitu bermula dari kalangan IRC dan ahli-ahli. Sejajar dengan itu, ahli-ahli dinasihati untuk menyertai aktiviti-aktiviti NUBE yang dapat mengukuhkan perpaduan antaranya adalah program-program pendidikan yang diadakan oleh NUBE sekarang ini.
Sdr Jamil juga berkata NUBE kini dalam usaha menyediakan forum untuk melatih, mendidik ahli-ahli meningkatkan kesedaran dalam program pendidikan “Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan” (OSHA) dan juga Kursus & Seminar yang berkaitan dengan pekerjaan Bank bagi meningkatkan kemahiran yang mereka perlukan dalam melaksanakan tugas dengan cemerlang.
IRC dan ahli-ahli sangat berpuashati dengan penjelasan yang diberikan dan berterima kasih kepada Pegawai-Pegawai NUBE NR yang hadir, dipenghujung Mesyuarat telah diadakan pemilihan Ahli-Ahli Jawatankuasa Penyelaras (IRC) yang baru bagi sesi 2017 – 2018.