Sungai Petani, Kedah 23hb November 2017 – Ahli Jawatankuasa Cawangan NUBE NR (PKP) Sdri Siti Haryati bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohamad Elias, Sdri Nurul Huda dan Sdri Suhaili telah membuat satu lawatan kerja mingguan di sekitar Gurun, Guar Cempedak dan Sungai Petani hari ini.
Antara cawangan bank yang telah dilawati adalah Affin Bank Sg Petani, BIMB Guar Cempedak, CIMB Guar Cempedak dan HLBB Gurun.
Fokus lawatan kerja kali ini adalah untuk mengumpul maklumat terkini ahli-ahli dan juga mengemaskini beberapa isu-isu berbangkit serta perkongsian masalah ditempat kerja di cawangan bank yang dilawati. Para ahli berpuashati dengan penerangan yang telah di berikan.