13 Disember 2017 - NUBE Northern Region yang diwakili oleh Ketua Zon yang baru iaitu Sdr Mohamad Ilyas & Sdr Muhammad Jamil telah melawat ahli - ahli di sekitar Kangar dan barisan IRC di Alor Setar.
Pada lawatan tersebut, ahli-ahli telah mengambil peluang untuk beramah mesra bersama Ketua Zon.Sehubungan itu ahli-ahli dinasihatkan agar sentiasa berhubung terus dengan NUBE Northern Region bagi mengikuti segala perkembangan terkini supaya tiada keciciran maklumat berlaku.
Pada sebelah petang, barisan IRC di Alor Star turut meluangkan masa bersama Ketua Zon Sdr Mohamad Ilyas & Sdr Muhammad Jamil untuk bertukar-tukar pendapat. IRC turut dinasihati agar sentiasa bekerjasama dan menjaga antara satu sama lain bagi memelihara ukhwah serta silaturrahim sesama sendiri.
Ternyata ahli - ahli di Kangar dan Alor Star amat gembira menerima kunjungan dari NUBE Northern Region dan menyatakan akan memberi sokongan padu terhadap barisan Kepimpinan NUBE Northern Region,
diharap kunjungan yang diberikan di utara tanah air dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli-ahli & Barisan IRC. Syabas & Tahniah. Hidup NUBE