Dalam tempoh 10 tahun yang lepas Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia telah menggalakkan, mempromosikan dan menyokong usaha Bank untuk membuang pekerja terutamanya yang berada di dalam kumpulan B40 dan M40 diatas nama penstrukturan semula / penyusunan semula berikutan Revolusi Industri 4.0
Jumlah cawangan bank sedang dikurangkan; fi dikenakan ke atas pelanggan untuk perkhidmatan juruwang bank, pelanggan tidak boleh memilih kaedah perbankan pilihan mereka, malah sasaran ditetapkan keatas pekerja untuk memaksa pelanggan untuk mendaftar bagi perbankan internet termasuk pekerja asing dan transaksi perbankan secara automatik secara agresif.
Segala-galanya dilakukan atas nama teknologi dan perniagaan tetapi pada hakikatnya, bank telah melakukan ketidakadilan yang ketara kepada pekerja kategori B40 dan M40. Bank mencontohi strategi canggih dalam mengeksploitasi pekerja, mengurangkan pendapatan mereka dan pekerja menjadi mangsa pengeksploitas kekejaman ini.
Pelanggan juga tidak terkecuali, pelanggan terpaksa membayar fi berulang kali untuk perkhidmatan perbankan teras. Apa yang menjadi perkhidmatan perbankan percuma untuk pengguna hari ini telah bertukar kepada perkhidmatan perbankan berasaskan fi yang melampau.
Walaupun pihak Kesatuan telah membuat rayuan berulang kali, ribuan pekerja telah diberhentikan dengan persetujuan agensi-agensi Kerajaan. Banyak kegusaran kami; taktik-taktik kotor oleh Bank ini mempunyai sokongan agensi Kerajaan yang berkaitan.
Sumbangan besar pekerja bank terhadap sektor kewangan dan pembangunan sosio-ekonomi negara setakat ini tidak boleh dipandang remeh.
Teori teknologi dan pembangunan perniagaan yang mengelirukan sebagai satu-satunya cara ke hadapan perlu dikaji semula. Telah terbukti bahawa teknologi tidak mampu menyelesaikan masalah yang timbul daripada rangkaian hubungan misteri ini di antara akibatnya, kadang-kadang menyelesaikan satu masalah hanya untuk menimbulkan masalah yang lain.
Sehubungan itu, untuk mengelakkan gangguan terhadap kehidupan rakyat Malaysia, kita perlu memanfaatkan kemajuan teknologi untuk memastikan pekerjaan dipelihara sehingga dan melainkan sesuatu pekerjaan yang baru dapat mengekalkan mata pencarian.
Di peringkat global bank-bank adalah ketamakan korporat yang tipikal; Malaysia tidak mencontohi segala-galanya dari Barat jadi kenapa hanya yang ini?
Kerajaan baru-baru ini memberi jaminan bahawa ia tidak akan mengecilkan saiz penjawat awam walaupun saiznya dikatakan telah bertambah di beberapa bahagian tertentu.
Kami mengalu-alukan cadangan ini dan dengan cara yang sama, kerajaan mesti melindungi pekerja sektor swasta dan memberi jaminan peluang yang saksama untuk kemajuan di tempat kerja dan menjadi relevan kepada masyarakat kepada pekerja bank, dan bukannya memenuhi kehendak dan menjadi boneka bagi pihak korporat yang mengejar ketamakan dengan mengadaikan nilai-nilai kemanusiaan.