Georgetown, Pulau Pinang 6hb April 2018- Dalam lipatan sejarah NUBE, hari ini merupakan hari memperingati Ulangtahun ke 5 PIKET DAULAT 6413 dimana satu gelombang merah telah menerjah ke setiap pelusuk semenanjung untuk memperjuangkan hak para pekerja, lihatlah terbukti keberhasilannya menerusi keutuhan semangat solidariti yang betapa mujarabnya SOLIDARITI dan seharusnya ia perlu dipelihara.
Namun pada era ini corak perjuangan kita sebagai ahli NUBE adalah berbeza, tetapi tiada apa yang mustahil bagi kita selagi solidariti dikekalkan, jelas teknologi perbankan merupakan ancaman masa kini yang menuntut kita sebagai ahli NUBE perlu memperkasakan ilmu dan kukuhkan solidariti.
Inilah diantara bait-bait ucapan dan nasihat yang disampaikan oleh Pengerusi NUBE NR Sdr Abdul Jamil Haji Jalaluden dalam Mesyuarat Tahunan RHB Pulau Tikus bertempat di Union Office NUBE, turut hadir bersama Naib Pengerusi Sdr Baskaran, Ketua Zon Sdr Eswaran, Sdr Abdul Hafiz, Sdr Zainul dan Sdri Harinder Sonia serta Ahli Jawatankuasa Kerja Sdri Adzreena dan Sdri Nurul Fasihah.
Mesyuarat diakhiri dgn perlantikan IRC baru dan beliau berharap mereka akan melaksanakan tanggungjawab dan memainkan peranan dengan bersungguh, IRC dan ahli-ahli sangat berterima kasih diatas nasihat dan semangat yang disampaikan oleh Pengerusi dan Pegawai - Pegawai NUBE Northern Region PKP.