9.4.2018, Georgetown, Penang - Ketua Eksekutif Direktor Sumber Manusia UOB Bank (M) Berhad En. Lee Voon Seng bersama-sama dengan rakan sekerjanya telah mengadakan kunjungan hormat kepada NUBE Cawangan Wilayah Utara - Pulau Pinang/Kedah/Perlis.
Kunjungan hormat tersebut disambut baik oleh Timbalan Presiden NUBE Malaysia merangkap Pengerusi NUBE Cawangan Wilayah Utara iaitu Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen bersama-sama barisan kepimpinan utama NUBE Cawangan Wilayah Utara.
Di perjumpaan tersebut, kedua-dua belah pihak telah berbincang mengenai isu-isu semasa serta arah tuju sektor industri perbankan.
En. Lee Voon Seng telah memaklumkan bahawa beliau bakal bersara pada bulan Mei ini dan memperkenalkan penggantinya iaitu En. Lai Tak Ming.
NUBE Cawangan Wilayah Utara mengucapkan Selamat maju jaya dan Selamat Bersara buat En. Lee Voon Seng.