Tanjung Bungah, Pulau Pinang 11 April 2018, Mesyuarat kali ini dihadiri oleh Pengerusi NUBE Northern Region PKP Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen, Naib Pengerusi Sdr Baskaran, Ketua Zon Sdr Abdul Hafiz, AJK Sdr Zainul dan Sdri Adzreena
Sdr Abdul Jamil dalam hujahnya telah memberi ahli-ahli NUBE taklimat persediaan untuk menerima Pemberdayaan dalam pekerjaan mereka dan meningkatkan ilmu pekerjaan mengikut arus teknologi, para ahli juga diminta terus memelihara dan mengekalkan semangat Solidariti yang sedia ada.
Selain itu, Sdr Abdul Jamil juga telah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sdri Nurul Fasihah atas sumbangannya selaku Ahli Jawatankuasa Kerja NUBE NR dan juga buat ahli-ahli Maybank Tanjung Bungah kerana mereka adalah antara cawangan yang sentiasa memberi sokongan padu kepada NUBE.
Dihujung Mesyuarat Pelantikan IRC - IRC baru bagi sesi 2018 - 2019 telah diadakan dengan jayanya, para ahli sangat berterima kasih diatas nasihat dan semangat yang disampaikan oleh Pengerusi dan Pegawai - Pegawai NUBE Northern Region PKP.