Sungai Petani , Kedah 19 April 2018 - Satu lawatan kerja telah dijalankan dibeberapa buah cawangan bank iaitu Hong Leong Bank Lagenda Heights,Bank Muamalat,RHB Bank dan Affin Bank yang mana masing-masing di Lot 88.Lawatan ini dijalankan oleh Ketua Zon 2 iaitu Sdr Siti Haryati bersama Sdr Elias , Sdri Nurul dan Sdri Suhaili selaku Ahli Jawatankuasa Kerja.
Sewaktu lawatan kerja dijalankan, Ketua Zon telah mencari penyelesaian buat ahli- ahli berkaitan beberapa isu berbangkit serta dalam usaha mengekalkan solidariti yang terbina, para ahli NUBE juga dinasihatkan supaya mempergiatkan penglibatan dalam setiap aktiviti anjuran NUBE dan mengikuti perkembangan semasa NUBE menerusi media sosial iaitu FB NUBE MALAYSIA.
Terima kasih kepada ahli - ahli NUBE yang senantiasa memberi sokongan dan mengalu -alukan kehadiran pegawai-pegawai NUBE.
KALAU ADA SUMUR DILADANG
BOLEHLAH KITA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR YANG PANJANG
IN SHA ALLAH, KAMI ZIARAH LAGI.