Alor Setar, 25hb April 2018- Mesyuarat Tahunan (AGM) HLBB Jalan Pegawai telah diadakan pada hari ini dengan kehadiran Pengerusi NUBE Northern Region iaitu Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen, Sdr Baskaran selaku Naib Pengerusi serta Ahli Jawatankuasa Kerja iaitu Sdr Shahromnizam dan Sdr Zulkifli.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan dari Sdri Nurulhazlin dimana beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengerusi NUBE NR dan semua AJK NUBE NR PKP diatas bantuan dan sokongan serta peluang yang diberikan sewaktu beliau berkhidmat di NUBE NR PKP sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja, difahamkam Sdri Nurulhazlin akan berpindah ke cawangan HLBB Rasah Seremban pada bulan Mei nanti.
Justeru mesyuarat diteruskan dengan kata-kata semangat dari Pengerusi NUBE NR bagi menyuntik keazaman solidariti ahli-ahli supaya terus memberikan sokongan yang padu dan sentiasa bersedia belajar ilmu berkaitan dengan teknologi perbankan serta mematuhi semua nasihat yang diberikan oleh NUBE untuk terus kekal relevan, tegas beliau lagi, Sekuriti pekerjaan juga perlu titikberatkan bagi memperkasakan tugasan kerja seiring era digital masa kini.
Di penghujung mesyuarat, Pelantikan IRC - IRC baru bagi sesi tahun 2018 - 2019 telah dilaksanakan dengan jayanya, Ahli-ahli sangat berterima kasih atas kehadiran Pengerusi dan Pegawai - pegawai NUBE NR pada mesyuarat kali ini, dalam masa yang sama satu lagi lawatan kerja di CIMB Mergong telah dijalankan oleh Ketua Zon Sdr Muhammed Jamil bersama Ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Gunasegaran bagi membincangkan dan menyelesaikan beberapa isu berbangkit.