Ia bukan untuk pekerja yang perlu setia kepada Kerajaan tetapi ia adalah Kerajaan yang perlu menjadi setia kepada pekerja yang merupakan tulang belakang dalam membangunkan negara. Adalah kewajipan sosial dan moral Kerajaan untuk memastikan sumbangan dari 14 juta pekerja sektor swasta diiktiraf dengan sewajarnya dengan upah hidup yang wajar dan hak-hak sivil.
Kerajaan dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat, oleh sebab itu, jika rakyat menganggap seseorang ahli politik tersebut layak berkhidmat untuk rakyat, maka rakyat akan memberi "hadiah" kepada ahli politik tersebut dengan memilih mereka mengurus tadbir dan bukan sebaliknya.
Gaji Minimum
Perdana Menteri bagi Kerajaan Sementara ini, seolah-olah dilihat seperti memberikan ugutan kepada kaum pekerja bahawa 5 penambahbaikan yang tertangguh sekian lama akan hanya berlaku sekiranya Barisan Nasional menang. Ini secara etika dan moralnya adalah salah dan boleh dianggap sebagai mengelirukan dan rasuah terutamanya PRU 14 yang kian hampir.
Berkenaan dengan isu Gaji Minimum, adalah tugas dan menjadi tanggungjawab Majlis Perundingan Gaji. Bukannya tugas Kerajaan Sementara untuk mencadangkan jumlah yang tidak munasabah. Menetapkan gaji minimum sebanyak RM 1,500.00 untuk dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun akan datang adalah merangkumi fungsi Majlis Perundingan Gaji dan Jawatankuasa Teknikalnya.
Ini juga bertentangan dengan Laporan Bank Negara yang dengan jelas menyatakan bahawa apa-apa nilai yang kurang daripada RM 2,700 adalah suatu nilai ambang yang boleh diiktirafkan bahawa sebilangan besar rakyat Malaysia bakal menjalani kehidupan yang tidak sempurna dalam institusi kemasyarakatan.
Terdapat Gaji minimum mandatori sekurang-kurangnya sekali dalam dua tahun dan ia akan datang pada bulan Julai 2018. MTUC telah mencadangkan RM 1,800.00 sebagai gaji minimum bagi kedua-dua Semenanjung dan Sabah / Sarawak dalam semakan yang dijadualkan pada Julai 2018 dan untuk sekurang-kurangnya mencapai RM 2,700.00 dalam dua semakan gaji minimum yang akan datang.
Kekeliruan yang diwujudkan oleh seorang Perdana Menteri di bawah Kerajaan Sementara akan berlaku yang menjanjikan kenaikan gaji minimum dengan segera jika Barisan Nasional berkuasa. Tidak kira siapa yang akan menang, gaji minimum sedia ada akan disemak pada bulan Julai, oleh itu, ianya bukanlah “hadiah”.
Malah, Kerajaan Sementara telah gagal untuk menyemak semula gaji bagi golongan yang berpendapatan rendah di negara ini pada Januari 2015 yang lalu. Ia telah ditangguhkan selama 18 bulan dan hanya berkuatkuasa pada 1 Julai 2016 dengan kenaikan hanya RM 100.00 di Semenanjung dan RM 120.00 di Malaysia Timur selepas tiga setengah tahun dari pelaksanaan yang pertama.
Perdana Menteri di bawah Kerajaan Sementara ini perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kelewatan itu dan kelewatan itu telah mengubah pekerja sektor swasta. Akibat daripada kelewatan tersebut, telah menyebabkan banyak kesusahan kepada pekerja terutamanya dengan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 6% pada Januari 2015.
Kerajaan Barisan Nasional telah berjanji dalam Rancangan Malaysi Ke-11 bahawa ia akan mencapai gaji median pekerja sebanyak RM2,500 menjelang 2020; dan gaji / nisbah GDP sebanyak 40% menjelang 2020. Dengan tren yang dilihat dalam data yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), nampaknya kedua-duanya tidak dapat dipenuhi.
Dengan hanya menaikkan gaji minimum sebanyak RM100 tahun lepas, dan kekurangan usaha sebenarnya yang serius untuk mengurangkan lambakan dan kehadiran pekerja asing di negara ini, kita hanya dapat menyimpulkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak serius dalam memenuhi janji-janji yang dibuat dalam Rancangan Malaysia Ke-11 ... janji-janji yang telah dibuat di dewan yang mulia di Parlimen.