Alor Setar, 4hb Mei 2018 -Solidariti yang dipamerkan oleh para pekerja pada sambutan Hari Pekerja MTUC baru-baru ini masih terasa tempiasnya, utamakan solidariti, kukuhkan dan pelihara ia bagi menghadapi cabaran perbankan masa kini dan akan datang, begitulah bait-bait ucapan dan nasihat dari Pengerusi NUBE NR iaitu Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen dalam Mesyuarat Tahunan (AGM) UOB Jalan Gangsa hari ini.Turut hadir bersama Sdr Baskaran selaku Naib Pengerusi serta Ketua Zon Sdr Ilyas merangkap Bendahari Kehormat NUBE NR dan Sdr Muhammad Jamil.
Disamping itu, ahli-ahli NUBE telah diberikan taklimat oleh Sdr Abdul Jamil berkenaan pendigitalan dan penguatkuasaan sebagai isu utama yang harus diambil kira bagi menambah baik kecekapan, kerelevanan dan kelestarian dalam menghadapi cabaran teknologi perbankan
Beberapa isu berbangkit turut dibincangkan dan nasihat penyelesaiannya telah iberikan, pelantikan IRC berjalan dengan jayanya dan ahli - ahli berterima kasih atas kunjungan Pengerusi dan Pegawai -Pegawai NUBE NR PKP.