21 Mei 2018, Temple Road , Colombo, Sri Lanka - Timbalan Presiden NUBE Malaysia Bro Abdul Jamil Haji Jalaludeen bersama Setiausaha Agung AIBEA saudara CH Venkatachalam telah mengadakan kunjungan hormat ke ibu Pejabat Ceylon Bank Employees (CBEU) di Colombo dan kehadiran mereka telah disambut baik oleh Presiden CBEU Saudara TGW Gunawardana dan Bendahari Saudara Kushan.
Saudara C. H. Venkatachalam menyatakan bahawa ianya adalah penting untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti perpaduan yang sekaligus akan memperkuatkan perpaduan diantara Kesatuan di Asia.
Bro Abdul Jamil juga telah mengadakan satu perbincangan yang mana ianya telah membuahkan hasil yang amat baik, beliau juga turut bertukar pandangan dengan semua Ahli Kesatuan Kanan mengenai isu terkini yang dihadapi para pekerja di Malaysia.
NUBE juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada CBEU kerana menjadi tuan rumah lawatan kehormat pada kali ini.